Raja-raja Melayu seperti yang kita ketahui dikatakan berasal dari keturunan
Raja Iskandar Zulkarnain.
Turut di kenali sebagai raja Rom, banyak tulisan-tulisan sejarah
merujuk kepada baginda sebagai asal bermulanya keturunan di raja ini.
Setakat mana kebenaran ini, kita perlulah merujuk kepada,
1) Al Quran, Surah Al Kahfi
2) Manuskrip Undang-Undang Kedah yang telah dibukukan.
3) Sulalatus Salatin
Al Quran, Surah Al Kahfi
Surah Al-Kahfi, Ayat 94
Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj
sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami
menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan
syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
Surah Al-Kahfi, Ayat 95
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku
menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku
dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan
mereka
sebuah tembok penutup yang kukuh.
Surah Al-Kahfi, Ayat 96
Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi”; sehingga ketika besi-besi
itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata,
Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga , supaya ku tuangkan diatasnya.
Menurut sejarah yang diwasiatkan oleh
Nik Muhammadiah, atau
Sultan Mohammad I Kelantan, peristiwa ini berlaku di negeri
China sewaktu Raja Iskandar Zulkarnain sedang meluaskan empayarnya. Nik Muhammadiah adalah seorang ulamak dan turut dikenali sebagai
Keramat Tok Lebai.
Tak Bai di Thailand adalah gelaran sempena nama baginda.
Sejarah Kelantan mengatakan bahawa baginda mati dibunuh dan tidak
mempunyai zuriat adalah karut. Semua ini hanyalah fitnah demi menutup
bukti sejarah, sepertimana
kes Pahlawan Mat Kilau yang di katakan telah meninggal dunia tiba-tiba muncul semula memperkenalkan dirinya.
Pada hal waris baginda
Sultan Mohammad I Kelantan, Saudara Nik Bahadur Syah masih berada di Kedah hari ini.
Berusia sekitar 50an, bermisai tebal dengan rambut kemas disikat,
beliau turut hadir pada hari perjumpaan keluarga Syarif Yang Di Pertuan.
Penjajah Inggeris memang menghapuskan bukti sejarah, contoh yang paling
jelas apabila
William Farquhar cuba meletupkan
Kota A Farmosa dahulu.
Sekiranya kota tersebut habis diletupkan, bolehkah kita bayang bagaimanakah rupabentuk kota Farmosa itu hari ini? klik
sini
Setelah diusir oleh tentera thai diketuai oleh anak angkatnya
Long Senik,
baginda kembali menetap di Kedah (di Alor Pak Ngah) dan menjadi guru
agama. Tentera Thai datang mencari beginda, tetapi yang mereka jumpa
hanyalah seorang
Pak Ngah yang mengajar agama sekolah pondok sahaja. Begitulah perlindungan dari Allah SWT. Ulamak Kedah seperti
Haji Naik Kayu,
Abdullah Fahim dizaman Sultan Abdul Hamid dahulu adalah juga anak murid baginda.
Inilah yang dikatakan
Sultan sebagai pemerentah dan ulamak dizaman dahulu. Baginda kembali ke Kedah kerana baginda adalah dari keturunan
Tengku Long Putera, anak saudara
Syarif Yang Di Pertuan (anakanda Paduka Seri bongsu, lihat UUK). Permaisuri baginda Sultan Mohammad I ialah
Datuk Nai Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif Al Fatani yang membesarkan
Tunku Badlishah setelah di usir dari istana oleh ayahandanya,
Sultan Abdul Hamid.
Menurut wasiat ini, makhluk yang diarahkan menghembuskan api itu ialah makhluk jadian dari Allah SWT iaitu
Naga atau dalam bahasa Siam dipanggil
Merong
(bahasa Tai menyebut sebagai nat). Kehebatan makhluk naga ini (hari ini
dikatakan mitos) menyebabkan Maharaja China menggunakan makhluk ini
sebagai simbol kekuatan kerajaan mereka.
Jubah Maharaja China dengan simbol naga
Laksemana Cheng Ho @ Haji Mahmud Syam dengan jubah berlambangkan naga
Mural yang menggambarkan Raja Iskandar Zukarnain atau lebih dikenali
sebagai ‘Cyrrus the Great’. Bersayap untuk terbang? Walau pun 2 orang
yang berbeza, bukti-bukti baru lebih memihak kepada ‘Cyrrus the Great’
sebagai Zulkarnain yang di maksudkan dalam Al Quran. Sejarah Melayu pula
merujuk kepada ‘Alexander the Great’ sebagai Iskandar Zulkarnain?
Kelebihan Sultan Iskandar Zulkarnain, sebagai anugerah Allah SWT kepada baginda ialah baginda mendapat bantuan
Tentera Jin yang ghaib dibawah dua kalimah syahadah membantu baginda dalam setiap peperangan. Mungkin dengan inilah cerita-cerita dari negeri China seringkali
mengambarkan kebolehan seni mempertahankan diri berkebolehan untuk terbang,
salah satu dari sifat dan kebolehan makhluk jin ini. Tidak ada dalam
budaya bangsa lain yang menggambarkan kebolehan sebegitu rupa. Baginda
Raja Iskandar Zulkarnain juga dikatakan
dapat memahami setiap bahasa suku kaum yang bertemu dengannya.
Dalam manuskrip
Undang-Undang Kedah, ms 49 ada disebut mengenai Raja Iskandar Zulkarnain seperti berikut,
“..dan pada majlis Raja Iskandar Zulkarnain datang kepada Paduka Seri Sultan
yang diatas kerajaan sekarang maka adalah ia iaitu (talan) akan
martabat raja pada hal perintahkan segala adat tuannya atas segala
menteri itu. Maka dihimpunkan hukum itu diatas sembilan hukum.”
Secara ringkasnya kefahaman kami, adat istiadat raja-raja hari ini
berasal dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain yang membawa adat istiadat,
peradaban dan ketamadunan kepada
Sheikh Huang Ti.
Pada masa yang sama kisah
Sang Gerdembai bermaksud
, Ger-kenderaan
, dem-dahulukala
, bai-muslim,
pasti mempunyai cerita yang tersirat untuk kita hari ini menilai semula
kisah-kisah ini. Disamping itu Raja Iskandar Zulkarnain mempunyai dua
orang Ketua Panglima Tentera iaitu
Nabi Allah Khidir dan
Nabi Allah Elias. Semasa kecil pula, selepas tawaf di hadapan Kaabah,
Nabi Allah Ibrahim
telah memegang bahu baginda dan berdoa kehadrat Allah SWT agar pada
suatu hari kelak baginda akan menjadi orang yang terkenal. Inilah
Iskandar Zulkarnain yang dikatakan mempunyai
dua tanduk, simbol kekuasaannya keatas Rom dan Parsi.
Shih @ Sheikh Huang Ti

Keturunan Raja Iskandar Zulkarnain ini telah membawa kepada
Shih atau
Sheikh Huang Ti,
Maharaja China yang pertama,
dimana baginda dikatakan bertindak membakar buku-buku ajaran Confucius.
Tindakan ini adalah kerana baginda adalah penganut agama Allah dan
dengan itu baginda dilabelkan sebagai seorang maharaja yang kejam.
Dikatakan juga bahawa
Empayar ‘Chin’ itu berasal dari perkataan Empayar ‘Jin’ sempena nama tentera Iskandar Zulkarnain dahulu.
“During his reign, Shih Huang Ti destroyed the existing feudal
structure and divided the empire into 36 provinces under a centralized
administration. Networks of roads and canals were engineered,
and the major part of the Great Wall was built. Weights, measures,
coins, and written characters were standardized in a quest for
cultural uniformity. Yet this also led to the burning of all
books that diverged from official Chin philosophy and history.
On his death Shih Huang-ti was buried in great splendor – entombed
among 6,000 terra-cotta soldiers for him to summon in the afterlife.
His autocratic rule and belief in magic had caused such resentment
that the Chin dynasty collapsed four years later, even though
it formed the model for all later dynasties”.
Baginda sebenarnya sudah mengetahui mengenai kehidupan yang kekal
abadi. Dengan itu, sebelum meninggal dunia baginda bertindak (tanpa
panduan kerana agama Allah belum lengkap) dengan membina askar-askar
terracota yang kita boleh lihat hari ini di wilayah
Xian
dinegeri China. Maklum sajalah, agama Allah ketika itu syariatnya masih
belum lagi lengkap sepertimana agama Islam hari ini. Kisah ini
diperturunkan kepada setiap maharaja China hinggalah kepada
Maharaja Sai Tee Sung. Kedatangan utusan baginda Rasulullah SAW,
Saad bin Abi Waqqas
adalah bertujuan untuk melengkapkan agama dari Allah SWT sebagai agama
yang diredhai oleh Nya disambut baik oleh Maharaja Sai Tee Sung.
Walau bagaimanapun
Sheikh Huang Ti berjaya
menyatukan negeri China dibawah satu payong negara. Baginda turut
menyambung tugas-tugas membina tembok besar yang pertama, yang di
mulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnain dahulu. Tembok ini
bukannya tembok besar zaman
Dinasti Ming yang kita semua ketahui hari ini.
Diriwayatkan bahawa ketibaan
Saad bin Waqas ke negeri China dalam tahun
650 masihi membawa ajaran agama Islam
bukanlah merupakan satu kejutan baru kepada
Maharaja China Sai Tee Sung dari
Dinasti Tang.
Menurut wasiat, baginda telah pun mengetahui sejarah agama Islam ini
dari mulut nenek moyang mereka yang telah menyampaikan riwayat ini dari
satu generasi ke satu generasi.
Manuskrip Undang Undang Kedah
Manuskrip Undang-Undang Kedah, bukan sebuah hikayat dan ia boleh dijadikan bukti sejarah
Berbeza dengan buku-buku penulisan sejarah lain yang merupakan hikayat, riwayat dan sebagainya, buku Undang-Undang Kedah adalah
sebuah manuskrip melayu lama
yang merupakan undang-undang diguna pakai oleh raja-raja kita dizaman
dahulu. Sebelum pada ini Undang undang ini terdapat dalam pelbagai versi
yang bercerai-cerai namun versi ini adalah satu kompilasi yang lengkap.
Ia telah di lenyapkan buat seketika (dirampas Inggeris di
Kota Bruas) dan digantikan oleh sejarah versi penjajah.
Teks ini telah dipulangkan dalam bentuk mikrofilem daripada perpustakaan
School of Oriental and African Studies dengan nombor rujukan
MS 40329.
Kompilasi yang lengkap bermakna ia adalah satu salinan milik pemerentah
atau penguatkuasa undang-undang ketika itu. Setiap tajuk yang
disenaraikan dibawah ini tidak bercerai berai malah lengkap bagai sebuah
buku.
1. Undang –Undang Pelabuhan. Ia dikatakan menyebut tentang undang-undang pelabuhan
Melaka akan tetapi nama tempat yang disebut dalam teks hingga kini masih ada di
Kedah atau berhampiran Kedah (ms 13, ms 15, ms 17 dll).
2. Undang Undang Seri Paduka Tuan
3. Hukum Kanun Datuk Kota Setar
4. Cara membuat Bunga Emas
5. Undang-Undang Hijrah seribu seratus sembilan puluh sembilan
(
1199, zaman Syarif Yang Di Pertuan)
Di mukasurat 49

Disebutkan bahawa majlis yang beradat, digunakan oleh raja-raja kita
hari ini bukanlah ciptaan mereka semata-mata. Ia berasal dari majlis
Raja Iskandar Zulkarnain lagi. Baginda Raja Iskandar Zulkarnain adalah pengikut agama Allah yakni ahli kitab dari seawal zaman
Nabi Ibrahim. Pada majlis yang dimuliakan ini sudah ada jawatan-jawatan dan tanggungjawab resmi yang mewakili pemerentah pada masa itu.
Di zaman dahulukala itu, Raja Iskandar Zulkarnain diberi kelebihan
oleh Allah SWT iaitu boleh memahami bahasa setiap daerah yang baginda
singgah. Oleh itu penaklukan wilayah baginda menjadi lebih mudah dalam
usaha baginda menyerapkan ketamadunan mulia keatas manusia yang sebelum
pada itu hidup tanpa arah, liar atau buas.
Di muka surat 33, UUK disebut mengenai lagu Ibrahim Khalilullah
yang mana merupakan sebuah lagu yang berasaskan rentak gendang (drum
beat) bagi menaikkan semangat tentera untuk pergi berperang (sepertimana
rentak marching)
Salalatus Salatin
Menurut
Salalatus Salatin pula, Raja Iskandar
Zulkarnain setelah menyerang Benua Keling telah berkahwin dengan Puteri
Sharul Bariyah puteri kepada Raja Kida Hindi, dikatakan telah menuju ke
negeri matahari terbit dari Benua Keling, sudah pasti ke benua China.
Malah bangsa China mempunyai makna dalam bahasa Siam.
Perkataan
Chey-Na bermaksud, ‘datuk-petunjuk’. Sudah
pasti ada seorang ketua yang hebat dizaman dahulu, datang memberi
petunjuk pada suatu kaum. Di sana baginda telah berperang dengan puak
Yakjuj sepertimana tercatat dalam Al Quran, Surah Al Kahfi ayat 94 .
Puak Makjuj pula dikatakan telah memelok agama Allah dan membawa kepada
bangsa
Saimen yang bermaksud, ‘kawasan dia’.
Dalam sejarah bangsa Siam Islam, sebutan nama ke dua-dua bangsa ini
sudah pun ada. Mereka disebut seperti berikut, ‘Nya Juj’ dan ‘Ma Juj’.
Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana negara kita masih lagi
ketandusan penyelidikkan mengenai bahasa dan bangsa siam ini.
Sementara itu, petikan dari Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin ada
menyebut mengenai Raja Suran yang dikatakan berasal dari keturunan Raja
Iskandar Zulkarnain seperti berikut,
Setelah itu maka Raja Suran
pun kembali ke benua Keling.
Telah sampailah ke negeri Keling
maka raja Suran pun berbuat
sebuah negeri terlalu besar
kotanya daripada batu hitam
tujuh lapis
serta dengan tebalnya
dan tingginya
sembilan depa
daripada pandainya segal utas berbuat dia itu
tiadalah kelihatan rapatannya lagi
rupanya seperti dituang
pintunya daripada besi melela bertatahkan emas bepermata.
Syahdan luasnya kota itu
tujuh gunung didalamnya
dan pada sama tengah negeri itu
ada sebuah tasik terlalu luasnya
seperti laut rupanya
jikalau gajah berdiri
diseberang tasik itu
tiada kelihatan dari seberangnya
dan serba ikan dilepaskannya
didalam tasik itu.
Maka ditengah tasik itu
ada sebuah pulau terlalu tinggi
sentiasa berasap
seperti disaput embun rupanya
maka diatas pulau itu
ditanaminya pelbagai kayu-kayuan
dan buah-buahan
dan
bunga-bungaan
segala yang ada di dunia ini
semuanya adalah disana
dan apabila raja Suran
hendak bermain
kesanalah ia pergi.
Maka adalah di tepi tasik itu
diperbuatnya hutan besar
maka dilepaskannya
segala binatang yang liar
dan apabila raja Suran
hendak berburu atau menjerat gajah
pada hutan itulah ia pergi.
Pengakuan Maharaja China sebagai turut berasal dari keturunan Raja
Iskandar Zulkarnain dapat kita lihat pada muka surat 131, Sulalatus
Salatin seperti berikut,
“Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua China, setelah
kedengaranlah kebesaran raja Melaka ke benua China, maka raja benua
China pun mengutus ke Melaka bingkisan jarum sarat sebuah pilau,lain
daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta beberapa benda yang
gharib-gharib. setelah datang ke Melaka, maka disuruh Sultan Mansur Syah
jemput surat dari benua China itu, diarak seperti adat menyambut surat
dari benua Siam. Setelah datang ke balairung, maka disambut oleh
bentara, diberikan kepada khatib, lalu dibaca khatib demikian bunyinya:
“Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja Melaka.
Kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak
bersahabat, berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun
daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-karnain, sebangsa juga dengan raja
Melaka, kerana tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar
daripada kita. Tiada siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita;
maka daripada sebuah rumah sebilah jarum kita pintak. Itulah jarumnya
sarat sebuah pilau kita kirimkan ke Melaka.’’
Hari ini sekiranya kita tidak menetapkan sempadan Benua Keling itu
sebagai hanya di India, mungkin kata-kata dalam penulisan ini ada
logiknya. Ini adalah kerana sempadan yang ada sekarang ini, dahulunya
belum ada dan mungkin di zaman itu, yang dikatakan jajahan Benua Keling
itu mungkin jauh lebih besar dari yang kita sangkakan pada hari ini.
Malah perkataan
In-dia bermaksud, ‘pusat pemerentahan’. Adakah ini ada hubungannya dengan Ayodhia di India yang mana perkataan
Ayuthia bermaksud, tempat bersemayamnya raja.
Pengkaji sejarah Islam hari pula, lebih memihak kepada
‘Cyrus the Great’ berbanding
‘Alexander the Great’ dalam
mengenali siapa sebenarnya Iskandar Zulkarnain ini. ‘Cyrrus The Great’
dikatakan mempunyai dua tanduk, menunjukkan kekuasaannya di Empayar Rom
dan Parsi.
Begitulah serba sedikit untuk kita renungkan bersama.
kredits to Minda Ahad