Saturday, April 18, 2015

Tabiat

Bismillah, Bismillahi Alhamdullillah

Pergerakan tubuh dan badan di luar jangka dan tanda-tanda ia menjadi saka baka ketetapan perlakuan ke hari tua.

1. Kiranya dari kecil diamalkan sehingga sebati pada diri, maka lumrahnya jika tidak ditegur kedua orang tua akan kekal perlakuan itu hingga ke hari senja.
2. Ditegur sesuatu perbuatan yg tidak disangka-sangka oleh pelaku. Apabila ditanya atau ditegur, lalu yang ditegur menjawab dengan perasaan yg aneh yg pelaku tidak sangka melakukan.
3. Suatu tabiat yg biasa dilakukan sehingga menjadi rutin harian, tiada kepentingan perlakuan pada si pelaku, tetapi secara tidak sengaja melakukan tanpa sedar.
4. Pelaku menyangka perbuatan itu tidak merugikan dan tiada salah silapnya pada diri.

Kelakuan pelaku tabiat yg tidak disangka ini semestinya ditegur dengan cara halus kiasan bahasanya dan dengan rasa geli hati mengenai tabiat itu. Pelaku pula mesti diberitahu tentang keadaan dari awal hingga akhir penjelasan tentang apa yg dilakukan sehingga jelas maklumat yang disampaikan telah difahami pelaku tabiat.

Keadaan ini terpulang kepada si pelaku sama ada akan berubah atau tidak, si penegur hendaklah tidak mengharap perubahan dilakukan secara drastik atau perubahan tidak dilakukan. Biarlah pada pelaku sama ada itu hendak diubah pada diri atau tidak.

Thursday, September 22, 2011

ROH DAN JASAD NABI ADAM A.S

Setelah ALLAH s.w.t..mengarahkan Malaikat Izrail mengambil tanah dari bumi.maka ALLAH pun mengadunkan tanah itu dengan mencampurkan
  • air tawar,
  • air masin,
  • air hanyir,
  • angin 
  • api
kemudian ALLAH resapkan nur kebenaran kedalam diri Adam dengan pelbagai sifat...tubuh Adam kemudianya di genggam dengan genggaman `jabarut' dan diletakkan di Alam Malakut.
sesungguhnya tanah yang menjadikan tubuh Adam itu tanah pilihan yang di adunkan bersama rempah dan wangi-wangian dari Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Bhrul-Uluhiyyah"...kemudian di rendam dalam air "Kudral.'Izzah-Nya", iaitu sifat "Jalan dan Jammal"...lalu diciptakan tubuh Adam yang sempurna.ALLAH s.w.t ada berfirman didalam Al-Quran dalam surah Ad-Dhar ayat 1. Yang membawa maksud ALLAH menciptakan Adam dan alam semesta dalam jangka masa yang sangat lama dan tidak terhitung oleh manusia.
Menurut keterangan para ulamak, ketika tubuh Adam di selubunginya dalam waktu 120 tahun,40 tahun di tanah yang kering,40 tahun di tanah basah,40 tahun di tanah yang hitam dan berbau.kemudianya ALLAH rubah tubuh Adam dengan rupa yang penuh kemuliaan.maka tertutuplah semua pandangan para Malaikat.
ketika siap rupa nabi Adam, kemudiannya ALLAH memerintahkan  roh untuk masuk kedalam tubuh Nabi Adam, ia pun merasa enggan,malas dan segan,roh itu hanya berputar-putar di sekeliling tubuh Adam yang mengeras seperti batu...roh itu terus berputar sekeliling tubuh itu sambil dikelilingi para Malaikat yang menyaksikan.kemudia ALLAH memerintahkan Malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk ke dalam tubuh Nabi Adam, akhirnya roh itu menyerah kepada Mlaikat Izrail..dahulunya Malaikat Izrail di tugaskan mengambil tanah untuk di jadikan tubuh Nabi Adam,sekarang ia ditugaskan memasukkan roh kedalam jasad Nabi Adam, dan di belakang hari,ia di tugaskan mencabut roh manusia. Roh itu masuk ke dalam tubuh Nabi Adam melaui kepala, ia mengambil masa selama 200 tahun,setelah itu,maka tersusunlah segala organ kepala Nabi Adam,urat-urat saraf,dan salur-salur darah mulai tersusun,dan mata Nabi Adam terbuka luas sambil melirik kekiri dan kekanan serta kebawah melihat tubuhnya yang masih mengeras seperti batu.telingganya juga dapat mendengar dan beliau mendengar para Malaikat bertasbih memuji-muji ALLAH dengan suara yang amat merdu dan mengasyikkan. Apabila roh sampai ke hidung,maka Nabi Adam pun bersin dan mulutnya ternganga.lalu ALLAH mengajarkan beliau mengucapkan ALHAMDULLILLAH...,kemudian diikuti oleh Nabi Adam,dan ALLAH menjawap YARHAMUKKAALLAH....itulah perkataan pertama yang di ucapkan oleh Nabi Adam a.s.
Apabila roh sampai ke dada...maka dadanya mulai turun naik...dan Nabi Adam mulai hendak bangun sedangkan tubuhnya belum sempurna,itu menggambarkan sikap manusia yang tidak sabar dan suka tergesa-gesa....seperti firman ALLAH didalam Al-Quran yang bermaksud:


"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa"

(Al-Israk : 11)

dan roh pun meresap ke seluruh tubuh manusia,dan tersusunlah segala sistem,organ saraf,dan salur darah,daging dan sebagainaya,sehingga sempurna,satu keterangan bahawa ketika di syurga kulit Nabi Adam berkeadaan baik sekali,berwarna putih kemerah merahan...seperti warna kuku kita....warna kuku manusia adalah sama walaupun warna kulit berbeza...
setelah kejadian Nabi Adam sempurna, Para Malaikat sangat takjub melihatnya.mereka samasekali tidak menyangka bahawa makhluk yang dulunya dari tanah hitam yang busuk boleh menjadi makhluk yang indah dan cantik seperti Nabi Adam.Kemudian ALLAH memakaikan anbi adam dengan pakaian yang penuh kemuliaan dan mahkota yang bertatah permata dan berlian,serta duduk di atas singgahsana keemasan mempamerkan dirinya sebagai seorang raja atau khalifah.Ia dikelilingi oleh para malaikat lalu di arak keseluruh pelusuk langit dari langit pertama hingga langit ke tujuh...di ikuti oleh ribuan para malaikat.menurut riwayat,Nabi Adam diarak selama 100 tahun kemudia barulah kembali ke dalam Syurga tempat ia dijadikan.
Nabi Adam sentiasa mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja yang ditemuinya.

Wednesday, September 21, 2011

RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN DALAM SEJARAH BANGSA MELAYU

Raja-raja Melayu seperti yang kita ketahui dikatakan berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Turut di kenali sebagai raja Rom, banyak tulisan-tulisan sejarah merujuk kepada baginda sebagai asal bermulanya keturunan di raja ini. Setakat mana kebenaran ini, kita perlulah merujuk kepada,

1) Al Quran, Surah Al Kahfi
2) Manuskrip Undang-Undang Kedah yang telah dibukukan.
3) Sulalatus Salatin

Al Quran, Surah Al Kahfi

Surah Al-Kahfi, Ayat 94
Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

Surah Al-Kahfi, Ayat 95
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

Surah Al-Kahfi, Ayat 96
Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi”; sehingga ketika besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga , supaya ku tuangkan diatasnya.

Menurut sejarah yang diwasiatkan oleh Nik Muhammadiah, atau Sultan Mohammad I Kelantan, peristiwa ini berlaku di negeri China sewaktu Raja Iskandar Zulkarnain sedang meluaskan empayarnya. Nik Muhammadiah adalah seorang ulamak dan turut dikenali sebagai Keramat Tok Lebai. Tak Bai di Thailand adalah gelaran sempena nama baginda. 

Sejarah Kelantan mengatakan bahawa baginda mati dibunuh dan tidak mempunyai zuriat adalah karut.  Semua ini hanyalah fitnah demi menutup bukti sejarah, sepertimana kes Pahlawan Mat Kilau yang di katakan telah meninggal dunia tiba-tiba muncul semula memperkenalkan dirinya.

Pada hal waris baginda Sultan Mohammad I Kelantan, Saudara Nik Bahadur Syah masih berada di Kedah hari ini. Berusia sekitar 50an, bermisai tebal dengan rambut kemas disikat, beliau turut hadir pada hari perjumpaan keluarga Syarif Yang Di Pertuan. Penjajah Inggeris memang menghapuskan bukti sejarah, contoh yang paling jelas apabila William Farquhar cuba meletupkan Kota A Farmosa dahulu. Sekiranya kota tersebut habis diletupkan, bolehkah kita bayang bagaimanakah rupabentuk kota Farmosa itu hari ini? klik sini

Setelah diusir oleh tentera thai diketuai oleh anak angkatnya Long Senik, baginda kembali menetap di Kedah (di Alor Pak Ngah) dan menjadi guru agama. Tentera Thai datang mencari beginda, tetapi yang mereka jumpa hanyalah seorang Pak Ngah yang mengajar agama sekolah pondok sahaja. Begitulah perlindungan dari Allah SWT. Ulamak Kedah seperti Haji Naik Kayu, Abdullah Fahim dizaman Sultan Abdul Hamid dahulu adalah juga anak murid baginda.

Inilah yang dikatakan Sultan sebagai pemerentah dan ulamak dizaman dahulu. Baginda kembali ke Kedah kerana baginda adalah dari keturunan Tengku Long Putera, anak saudara Syarif Yang Di Pertuan (anakanda Paduka Seri bongsu, lihat UUK). Permaisuri baginda Sultan Mohammad I ialah Datuk Nai Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif Al Fatani yang membesarkan Tunku Badlishah setelah di usir dari istana oleh ayahandanya, Sultan Abdul Hamid.

Menurut wasiat ini, makhluk yang diarahkan menghembuskan api itu ialah makhluk jadian dari Allah SWT iaitu Naga atau dalam bahasa Siam dipanggil Merong (bahasa Tai menyebut sebagai nat). Kehebatan makhluk naga ini (hari ini dikatakan mitos) menyebabkan Maharaja China menggunakan makhluk ini sebagai simbol kekuatan kerajaan mereka.

Jubah Maharaja China dengan simbol naga

Laksemana Cheng Ho @ Haji Mahmud Syam dengan jubah berlambangkan naga

Mural yang menggambarkan Raja Iskandar Zukarnain atau lebih dikenali sebagai ‘Cyrrus the Great’. Bersayap untuk terbang? Walau pun 2 orang yang berbeza, bukti-bukti baru lebih memihak kepada ‘Cyrrus the Great’ sebagai Zulkarnain yang di maksudkan dalam Al Quran. Sejarah Melayu pula merujuk kepada ‘Alexander the Great’ sebagai Iskandar Zulkarnain?

Kelebihan Sultan Iskandar Zulkarnain, sebagai anugerah Allah SWT kepada baginda ialah baginda mendapat bantuan Tentera Jin yang ghaib dibawah dua kalimah syahadah membantu baginda dalam setiap peperangan. Mungkin dengan inilah cerita-cerita dari negeri China seringkali mengambarkan kebolehan seni mempertahankan diri berkebolehan untuk terbang, salah satu dari sifat dan kebolehan makhluk jin ini. Tidak ada dalam budaya bangsa lain yang menggambarkan kebolehan sebegitu rupa. Baginda Raja Iskandar Zulkarnain juga dikatakan dapat memahami setiap bahasa suku kaum yang bertemu dengannya.
Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, ms 49 ada disebut mengenai Raja Iskandar Zulkarnain seperti berikut,“..dan pada majlis Raja Iskandar Zulkarnain datang kepada Paduka Seri Sultan yang diatas kerajaan sekarang maka adalah ia iaitu (talan) akan martabat raja pada hal perintahkan segala adat tuannya atas segala menteri itu. Maka dihimpunkan hukum itu diatas sembilan hukum.” Secara ringkasnya kefahaman kami, adat istiadat raja-raja hari ini berasal dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain yang membawa adat istiadat, peradaban dan ketamadunan kepada Sheikh Huang Ti.

Pada masa yang sama kisah Sang Gerdembai bermaksud, Ger-kenderaan, dem-dahulukala, bai-muslim, pasti mempunyai cerita yang tersirat untuk kita hari ini menilai semula kisah-kisah ini. Disamping itu Raja Iskandar Zulkarnain mempunyai dua orang Ketua Panglima Tentera iaitu Nabi Allah Khidir dan Nabi Allah Elias. Semasa kecil pula, selepas tawaf di hadapan Kaabah, Nabi Allah Ibrahim telah memegang bahu baginda dan berdoa kehadrat Allah SWT agar pada suatu hari kelak baginda akan menjadi orang yang terkenal. Inilah Iskandar Zulkarnain yang dikatakan mempunyai dua tanduk, simbol kekuasaannya keatas Rom dan Parsi.
Shih @ Sheikh Huang Ti

Keturunan Raja Iskandar Zulkarnain ini telah membawa kepada Shih atau Sheikh Huang Ti, Maharaja China yang pertama, dimana baginda dikatakan bertindak membakar buku-buku ajaran Confucius. Tindakan ini adalah kerana baginda adalah penganut agama Allah dan dengan itu baginda dilabelkan sebagai seorang maharaja yang kejam. Dikatakan juga bahawa Empayar ‘Chin’ itu berasal dari perkataan Empayar ‘Jin’ sempena nama tentera Iskandar Zulkarnain dahulu.
“During his reign, Shih Huang Ti destroyed the existing feudal
structure and divided the empire into 36 provinces under a centralized
administration. Networks of roads and canals were engineered,
and the major part of the Great Wall was built. Weights, measures,
coins, and written characters were standardized in a quest for
cultural uniformity. Yet this also led to the burning of all
books that diverged from official Chin philosophy and history
.
On his death Shih Huang-ti was buried in great splendor – entombed
among 6,000 terra-cotta soldiers for him to summon in the afterlife.
His autocratic rule and belief in magic had caused such resentment
that the Chin dynasty collapsed four years later, even though
it formed the model for all later dynasties”.


Baginda sebenarnya sudah mengetahui mengenai kehidupan yang kekal abadi. Dengan itu, sebelum meninggal dunia baginda bertindak (tanpa panduan kerana agama Allah belum lengkap) dengan membina askar-askar terracota yang kita boleh lihat hari ini di wilayah Xian dinegeri China. Maklum sajalah, agama Allah ketika itu syariatnya masih belum lagi lengkap sepertimana agama Islam hari ini. Kisah ini diperturunkan kepada setiap maharaja China hinggalah kepada Maharaja Sai Tee Sung. Kedatangan utusan baginda Rasulullah SAW, Saad bin Abi Waqqas adalah bertujuan untuk melengkapkan agama dari Allah SWT sebagai agama yang diredhai oleh Nya disambut baik oleh Maharaja Sai Tee Sung.

Walau bagaimanapun Sheikh Huang Ti berjaya menyatukan negeri China dibawah satu payong negara. Baginda turut menyambung tugas-tugas membina tembok besar yang pertama, yang di mulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnain dahulu. Tembok ini bukannya tembok besar zaman Dinasti Ming yang kita semua ketahui hari ini.

Diriwayatkan bahawa ketibaan Saad bin Waqas ke negeri China dalam tahun 650 masihi membawa ajaran agama Islam bukanlah merupakan satu kejutan baru kepada Maharaja China Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. Menurut wasiat, baginda telah pun mengetahui sejarah agama Islam ini dari mulut nenek moyang mereka yang telah menyampaikan riwayat ini dari satu generasi ke satu generasi.
Manuskrip Undang Undang Kedah

Manuskrip Undang-Undang Kedah, bukan sebuah hikayat dan ia boleh dijadikan bukti sejarah
Berbeza dengan buku-buku penulisan sejarah lain yang merupakan hikayat, riwayat dan sebagainya, buku Undang-Undang Kedah adalah sebuah manuskrip melayu lama yang merupakan undang-undang diguna pakai oleh raja-raja kita dizaman dahulu. Sebelum pada ini Undang undang ini terdapat dalam pelbagai versi yang bercerai-cerai namun versi ini adalah satu kompilasi yang lengkap. Ia telah di lenyapkan buat seketika (dirampas Inggeris di Kota Bruas) dan digantikan oleh sejarah versi penjajah.

Teks ini telah dipulangkan dalam bentuk mikrofilem daripada perpustakaan School of Oriental and African Studies dengan nombor rujukan MS 40329. Kompilasi yang lengkap bermakna ia adalah satu salinan milik pemerentah atau penguatkuasa undang-undang ketika itu. Setiap tajuk yang disenaraikan dibawah ini tidak bercerai berai malah lengkap bagai sebuah buku.

1. Undang –Undang Pelabuhan. Ia dikatakan menyebut tentang undang-undang pelabuhan Melaka akan tetapi nama tempat yang disebut dalam teks hingga kini masih ada di Kedah atau berhampiran Kedah (ms 13, ms 15, ms 17 dll).
2. Undang Undang Seri Paduka Tuan
3. Hukum Kanun Datuk Kota Setar
4. Cara membuat Bunga Emas
5. Undang-Undang Hijrah seribu seratus sembilan puluh sembilan
(1199, zaman Syarif Yang Di Pertuan)
Di mukasurat 49

Disebutkan bahawa majlis yang beradat, digunakan oleh raja-raja kita hari ini bukanlah ciptaan mereka semata-mata. Ia berasal dari majlis Raja Iskandar Zulkarnain lagi. Baginda Raja Iskandar Zulkarnain adalah pengikut agama Allah yakni ahli kitab dari seawal zaman Nabi Ibrahim. Pada majlis yang dimuliakan ini sudah ada jawatan-jawatan dan tanggungjawab resmi yang mewakili pemerentah pada masa itu.
Di zaman dahulukala itu, Raja Iskandar Zulkarnain diberi kelebihan oleh Allah SWT iaitu boleh memahami bahasa setiap daerah yang baginda singgah. Oleh itu penaklukan wilayah baginda menjadi lebih mudah dalam usaha baginda menyerapkan ketamadunan mulia keatas manusia yang sebelum pada itu hidup tanpa arah, liar atau buas.

Di muka surat 33, UUK disebut mengenai lagu Ibrahim Khalilullah yang mana merupakan sebuah lagu yang berasaskan rentak gendang (drum beat) bagi menaikkan semangat tentera untuk pergi berperang (sepertimana rentak marching)

Salalatus Salatin
Menurut Salalatus Salatin pula, Raja Iskandar Zulkarnain setelah menyerang Benua Keling telah berkahwin dengan Puteri Sharul Bariyah puteri kepada Raja Kida Hindi, dikatakan telah menuju ke negeri matahari terbit dari Benua Keling, sudah pasti ke benua China. Malah bangsa China mempunyai makna dalam bahasa Siam.
Perkataan Chey-Na bermaksud, ‘datuk-petunjuk’. Sudah pasti ada seorang ketua yang hebat dizaman dahulu, datang memberi petunjuk pada suatu kaum. Di sana baginda telah berperang dengan puak Yakjuj sepertimana tercatat dalam Al Quran, Surah Al Kahfi ayat 94 . Puak Makjuj pula dikatakan telah memelok agama Allah dan membawa kepada bangsa Saimen yang bermaksud, ‘kawasan dia’.

Dalam sejarah bangsa Siam Islam, sebutan nama ke dua-dua bangsa ini sudah pun ada. Mereka disebut seperti berikut, ‘Nya Juj’ dan ‘Ma Juj’. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana negara kita masih lagi ketandusan penyelidikkan mengenai bahasa dan bangsa siam ini.

Sementara itu, petikan dari Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin ada menyebut mengenai Raja Suran yang dikatakan berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain seperti berikut,
Setelah itu maka Raja Suran
pun kembali ke benua Keling.
Telah sampailah ke negeri Keling
maka raja Suran pun berbuat
sebuah negeri terlalu besar
kotanya daripada batu hitam
tujuh lapis
serta dengan tebalnya
dan tingginya
sembilan depa
daripada pandainya segal utas berbuat dia itu
tiadalah kelihatan rapatannya lagi
rupanya seperti dituang
pintunya daripada besi melela bertatahkan emas bepermata.
Syahdan luasnya kota itu
tujuh gunung didalamnya
dan pada sama tengah negeri itu
ada sebuah tasik terlalu luasnya
seperti laut rupanya
jikalau gajah berdiri
diseberang tasik itu
tiada kelihatan dari seberangnya
dan serba ikan dilepaskannya
didalam tasik itu.
Maka ditengah tasik itu
ada sebuah pulau terlalu tinggi
sentiasa berasap
seperti disaput embun rupanya
maka diatas pulau itu
ditanaminya pelbagai kayu-kayuan
dan buah-buahan
dan bunga-bungaan
segala yang ada di dunia ini
semuanya adalah disana
dan apabila raja Suran
hendak bermain
kesanalah ia pergi.
Maka adalah di tepi tasik itu
diperbuatnya hutan besar
maka dilepaskannya
segala binatang yang liar
dan apabila raja Suran
hendak berburu atau menjerat gajah
pada hutan itulah ia pergi.
Pengakuan Maharaja China sebagai turut berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain dapat kita lihat pada muka surat 131, Sulalatus Salatin seperti berikut,
“Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua China, setelah kedengaranlah kebesaran raja Melaka ke benua China, maka raja benua China pun mengutus ke Melaka bingkisan jarum sarat sebuah pilau,lain daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta beberapa benda yang gharib-gharib. setelah datang ke Melaka, maka disuruh Sultan Mansur Syah jemput surat dari benua China itu, diarak seperti adat menyambut surat dari benua Siam. Setelah datang ke balairung, maka disambut oleh bentara, diberikan kepada khatib, lalu dibaca khatib demikian bunyinya:
“Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja Melaka. Kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat, berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-karnain, sebangsa juga dengan raja Melaka, kerana tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar daripada kita. Tiada siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita; maka daripada sebuah rumah sebilah jarum kita pintak. Itulah jarumnya sarat sebuah pilau kita kirimkan ke Melaka.’’


Hari ini sekiranya kita tidak menetapkan sempadan Benua Keling itu sebagai hanya di India, mungkin kata-kata dalam penulisan ini ada logiknya. Ini adalah kerana sempadan yang ada sekarang ini, dahulunya belum ada dan mungkin di zaman itu, yang dikatakan jajahan Benua Keling itu mungkin jauh lebih besar dari yang kita sangkakan pada hari ini. Malah perkataan In-dia bermaksud, ‘pusat pemerentahan’. Adakah ini ada hubungannya dengan Ayodhia di India yang mana perkataan Ayuthia bermaksud, tempat bersemayamnya raja.

Pengkaji sejarah Islam hari pula, lebih memihak kepada ‘Cyrus the Great’ berbanding ‘Alexander the Great’ dalam mengenali siapa sebenarnya Iskandar Zulkarnain ini. ‘Cyrrus The Great’ dikatakan mempunyai dua tanduk, menunjukkan kekuasaannya di Empayar Rom dan Parsi.
Begitulah serba sedikit untuk kita renungkan bersama.

kredits to Minda Ahad

Monday, May 9, 2011

penting..Agama Islam telah dihina

penting..Agama Islam telah dihina

penting
Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut. Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi.. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk disaman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian. Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam. Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..! 1.Jika anda orang Islam sila sebarkan email ini..!! 2.Jika anda orang bukan Islam, diingatkan jangan sesekali bermain dengan api di negara malaysia islam ini

Sunday, March 20, 2011

12 Barisan di Alam Padang Mahsyar oleh Rasulullah SAW

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: “Wahai Rasullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah saw: “Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” -(Surah an-Naba’:18) Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri. Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: ” Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya, dan tempat kembalinya adalah neraka.

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya, dan tempat mereka adalah neraka..

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. ” Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.. “BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru , sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. ” Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut, dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang, dan keredhaan Allah yang maha pengasih.

Sunday, March 6, 2011

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib
----------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.


p/s - p/s : Salam alaik. Sila sebar-sebarkan untuk tatapan setiap remaja dan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan. Demi ISLAM kita berjuang..!!

Monday, February 28, 2011

جوجر

جوجر

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan kasih sayang dimulakan, dengan senyuman ditamatkan.

JUJUR,

itulah perkataan keramat dan pegangan seorang mukmin yg sejati, setelah berkurun lamanya semenjak tok nenek moyang kita lagi kita telah diperingatkan dengan ikhlas, taat, jujur, setia. Tetapi sedarkah kita akan kunci ke empat sifat itu?

bagaimana hendak kita timbulkan keikhlasan dalam setiap perkara?

cukup mudah, sertakan dalam setiap kerja dengan niat, itulah pesan rasulullah sejak zaman beliau lagi. itulah yang paling utama.

kedua,

lakukanlah dengan penuh kejujuran, maka dari kejujuran kita membuat sesuatu kerja, insyaallah timbul lah ikhlas, amanah.

setelah sekian lama mencari semenjak dibangku sekolah, alhamdulillah perkara ini disedarkan oleh 1 hamba Allah yang mulia.

lalu dia ceritakan, seorang hamba Allah telah berpesan padanya, kau mesti jujur dalam apa perkara sekalipun dan jgn takut apa pun, kalau kita takutkan Allah, mcm mana kita nak kenal dia?

Imam syafie telah berkata, dia mengharamkan pengikutnya menjadi ahli takliq.

maksud ahli takliq ialah orang yang pandai mengikut-ikut sahaja akan sesuatu perkara tanpa mengetahui akan sebab-musababnya. tp x semua begitu, insyaallah. inilah kita anak muda mesti sedar, kita teramat beruntung dilahirkan dalam keluarga yang islam adat, adabnya. Tetapi adat istiadat sesuatu itu perlulah kita kaji sama ada ia bersesuaian dengan keadaan semasa atau tidak, seperti bersolat, berpuasa, beramal soleh, kita mesti tahu dari mana dan dari siapa serta apa sejarah permulaannya.

wahai rakan-rakan ku dan sahabat sekalian, marilah kita mengejar keredhaanNya.


Jujur adalah sifat penting bagi Islam. Salah satu pilar Aqidah Islam adalah Jujur. Jujur adalah berkata terus terang dan tidak bohong. Orang yang bohong atau pendusta tidak ada nilainya dalam Islam. Bahkan bisa jadi orang pendusta ini digolongkan sebagai orang yang munafik. Orang-orang munafik tergolong orang kafir. Nauzubillah.

Allah berfirman:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ
يُخَادِعُونَ اللّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنفُسَهُم وَمَا يَشْعُرُونَ
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Artinya:
Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
[Qur'an Suran Al-Baqarah ayat 8 sampai 10]


Kalau seandainya ummat Islam seorang pendusta, tidak jujur, tentunya ketika ia menyatakan beriman, maka imannya sangat rapuh untuk dipercaya, karena orangnya tidak amanah atau dapat dipercaya karena telah dianggap pendusta.

Bapak-bapak ibu-ibu remaja serta anak-anak sekalian.

Memang kita diciptakan manusia ini dua jalan. Jalan kejahatan dan jalan kebaikan.

Firman Allah ta'ala:

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

Artinya:
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. [Qur'an Surat As-syam ayat 8]

Firman Allah lagi:

وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ
فَلَا اقْتَحَمَ الْعَقَبَةَ

Artinya:
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar. [Qur'an Surat AL-Balad ayat 10 dan 11]

Yang dimaksud dengan "dua jalan" ialah jalan kebajikan dan jalan kejahatan.
Jalan kejahatan adalah jalan yang mudah dan enak dikerjakan, tetapi jalan kebaikan dan kebajikan adalah jalan yang sulit, mendaki lagi sukar. Kalau kita memilih jalan kebaikan, kebajikan. Inilah jalan yang diridhoi Allah subhanahu wata'ala, dan orang yang berada dijalan ini akan mendapat ganjaran dari allah subhanahu wata'ala. Tetapi jalan kebaikan ini tidak mudah, sulit lagi sukar.

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْعَقَبَةُ
فَكُّ رَقَبَةٍ
أَوْ إِطْعَامٌ فِي يَوْمٍ ذِي مَسْغَبَةٍ
يَتِيماً ذَا مَقْرَبَةٍ
أَوْ مِسْكِيناً ذَا مَتْرَبَةٍ

Artinya:
Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu?
(yaitu) melepaskan budak dari perbudakan,atau memberi makan pada hari kelaparan, (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat, atau kepada orang miskin yang sangat fakir.
[Qur'an Surat Al-Balad ayat 12 sampai 16]

Demikianlah jalan kebaikan yang harus orang-orang mu'min tempuh dan selalu bersabar berada dijalannya sama seperti kita puasa dibulan ramadhan ini tetap sabar dalam menjalankan ibadah dan segala kebaikan dan kebajikan yang kita amalkan selama dalam bulan Ramadhan.

Perbuatan baik dijalan yang baik tersebut diantaranya juga bersikap jujur. Jujur dalam segala perbuatan dan perbuatan kita. Karena orang yang terbiasa tidak jujur akan selalu menjadi serentetan kebohongan berikutnya yang lambat laun menjadi kebiasaan, dan dicaplah sebagai pembohong atau pendusta, nauzubillah.

Hadits nabi membawa pesan nabi salallohu alaihi wasalam tentang kejujuran adalah:

عليكم بصدق٫ فإنما الصدق يهدى إلى بّر٫ إنّ برّ يهدى إلى الجنّة٫ وإنّ كذب يهدى فجور فإنّ فجور يهدى إلي النار
[رواه متفقٌ عليه]

Artinya :
Selalulah kamu jujur, karena sesungguhnya jujur itu mengantarkan kamu pada kebaikan dan kebaikan itu sesungguhnya mengantarkan pada surga. Sedangkan dusta akan mengantarkan pada keburukan dan dosa, dan sesungguhnya dosa itu akan mengantarkan pada neraka. [Hadits: Mutafaqun Alaih]

Oleh sebab itu hendaklah kita akan senantiasa jujur. Dan dikatakan kita sebagai orang yang jujur. Orang jujur ada kemungkinan akan teguh dalam memegang amanah. Sedangkan orang yang pendusta atau tidak jujur sama sekali tidak bisa memegang amanah.

Jujur dan amanah adalah serangkaian sifat yang perlu kita sikapi. Sebagaimana rasulullah adalah seorang yang mempunyai sifat jujur, terpercaya [Amanah]. Oleh sebab itu kita patut menjadikan Rasulullah sebagai suri tauladan yang baik.

Sebagaimana Firman allah ta'ala:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً

Artinya:
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [Qur'an Surat Al-Ahzab ayat 21]

Demikian yang dapat saya sampaikan lebih dan kurang saya mohon ma'af wabilahi taufiq wal hidayah wasalaamu 'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh.