Sunday, November 21, 2010

Profesionalism is humanity

Telah dibawa budaya ini sejak dari zaman-berzaman, kemanusiaan dan kasih sayang telah terbukti sebagai 1 penyelesaian kepada semua masalah termasuk penyakit. sesuatu perasaan iri hati, riak, sombong, takbur menjadi 1 penyakit yang dianyakan oleh yang maha kuasa, sebagai 1 tanda dosa yang telah kita lakukan.

Tetapi kita tidak perlu risau akan penyakit ini, penyakit adalah penghapus segala bentuk dosa, dengan 1 syarat iaitu, kita perlu taubat nasuha dan mencari apa kesalahn kita pada masa lampau, bermuhasabah diri pada ketika berseorangan dan bertasbih kerana lilllahitaala adalah yang terbaik dalam memperbaiki rohani dan jasmani setiap insan di dunia ini.

Memahami action, cause and effect adalah penting bagi kita untuk mengelak diri dari musibah yang menimpa di masa akan datang, ini adalah lumrah manusia, tiada manusia yang sempurna di dunia ini, contoh terbaik jalan kehidupan adalah jalan perjuangan didalam segala apa yang kita lakukan.

Bersikap profesional dan rasional sangat diperlukan dalam kehidupan masa kini, ini kerana kita banyak terpengaruh dengan budaya luar yang banyak terdapat dalam kehidupan seharian kita tanpa disedari. Tidak dinafikan ini adalah kerana kita semua sama sebagai 1 manusia yang dianugerahkan dengan akal dan fikiran, tiada bezanaya diantara kita. Cuma 1,

KITA UMAT AKHIR ZAMAN.

Telah diceritakan Rasulullah SAW duduk bersama para sahabat, dan dia bertanya, siapakah yang paling mulia. maka para sahabat berkata, tentulah kamu ya Rasulullah SAW. Tetapi Rasulullah SAW berkata tidak, tentulah kalian yang sanggup berjuang bersamaku wahai sahabatku tanpa was was, akan tetapi ada lagi yang lebih mulia, maka para sahabat berkata, tentulah para mujahidin yang mati syahid di medan pertempuran. Ia betul, kata Rasulullah SAW akan tetapi ada yang lebih mulia dari mereka. Maka para sahabat berkata, siapa mereka ya Rasullah. Lalu Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan dengan serta merta menangis, para sahabat bingung apa yang membuatkan Rasulullah SAW menangis?

Selepas itu Rasullah berkata inilah umatku, mereka tidak pernah melihat wajahku, akan tetapi mereka selalu ingat padaku walaupun mereka tidak pernah melihat wajahku, meraka tetap memperjuangkan agama Allah walau mereka tidak pernah melihat diriku. betapa mulianya mereka yang sayangkan ku? kalian sangat beruntung wahai sahabatku, kamu telah melihat wajahku dan mendengar kata-kata ku ini. Tetapi anak cucumu kelak adalah lebih mulia.

Inilah kita para mujahidin lillahitaala memperjuangkan agama Allah, Pencipta yang maha berkuasa keatas segala sesuatu di dunia dan akhirat.

Fi-sabillillah

Jalan yang terbaik ditunjuk Rasullullah SAW. Dunia zaman sekarang adalah 1 cabaran untuk para mujahidin, penuh dengan hasutan, dugaan. Bagaimana menghadapinya?

Mulakanlah segalanya dengan bismillahirahmannirahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang, kasih-mengasihi antara satu sama lain, sayang-menyayangi antara 1 sama lain. ini adalah konsep utama kehidupan. Tanpa kasih sayang kita tidak akan dapat hidup dimuka bumi ini dengan sempurna. Buanglah sikap hasad, dengki, khianat wahai melayu. sedarlah kita lah umat akhir zaman yang akan bangkit semula mengusai kerajaan dunia untuk akhirat lillahitaala.

BISMILLAHIRAMANIRRAHIM.

No comments:

Post a Comment