Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan
bertanya: “Wahai Rasullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman
Allah saw: “Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang
berbaris-baris” -(Surah an-Naba’:18) Mendengar pertanyaan itu, baginda
menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:”Wahai Muaz,
engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa
umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri. Maka dinyatakan apakah 12
barisan berkenanaan iaitu:
BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang
Maha Pengasih: ” Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya
menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka
adalah neraka.
BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara
dari sisi Allah yang maha pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika
hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya, dan tempat
kembalinya adalah neraka.
BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking. “Meraka ini adalah orang yang enggan
membayar zakat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah
neraka..
BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yang
berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya, dan tempat mereka
adalah neraka..
BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu
mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka ini adalah orang yang
menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak
pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya, dan tempat
kembali mereka adalah neraka.
BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus
dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah
balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.
BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut
mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Meraka itu adalah orang yang
enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya, dan
tempat kembali mereka adalah neraka.
BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala
kebawah dan kaki keatas. ” Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka
inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.. “BARISAN
KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata
biru , sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. ” Mereka
itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka
inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.
BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada
orang tuanya, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah
neraka..
BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta,
gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar
sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut, dan
keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka
inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka
BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat
seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih
memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat
baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima
waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah
balasannya, dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan,
kasih sayang, dan keredhaan Allah yang maha pengasih.
No comments:
Post a Comment